Friday, January 10, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Biden beri penghormatan kepada bekas Presiden Carter

    WASHINGTON, 10 JAN – Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden memberikan penghormatan kepada mendiang bekas Presiden Jimmy Carter pada Khamis dalam majlis pengebumian negara yang diadakan di Washington DC, lapor Agensi Berita Jerman, dpa.  

    Dalam ucapannya, Biden berkata bahawa persahabatannya dengan Carter telah mengajarnya erti keperibadian lebih berharga berbanding gelaran atau kuasa.

    Presiden bakal dilantik Donald Trump serta bekas Presiden Barack Obama, George W. Bush dan Bill Clinton turut hadir pada majlis di National Cathedral, Washington.

    Carter meninggal dunia pada 29 Disember pada usia 100 tahun.

    Anggota Demokrat itu berkhidmat sebagai Presiden dari 1977 hingga 1981.  

    Sebuah majlis pengebumian keluarga akan diadakan kemudian pada Khamis di kampung halaman Carter di Plains, Georgia. Upacara peringatan telah bermula di negeri asalnya pada Sabtu lalu.  

    Biden telah mengarahkan bendera dikibarkan separuh tiang selama 30 hari termasuk pada hari Trump mengangkat sumpah sebagai presiden pada 20 Januari nanti yang turut mencetuskan kemarahan Republikan. – Bernama/dpa  

    Presiden Joe Biden semasa pengebumian negara bekas Presiden Jimmy Carter, berdiri semasa pengebumian negara untuk bekas Presiden Jimmy Carter di Washington National Cathedral, Washington kelmarin. Turut hadir adalah Jill Biden, Kamala Harris, Doug Emhoff, Bill Clinton, Hillary Clinton, George W. Bush, Laura Bush, Barack Obama, Donald Trump dan Melania Trump. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda