UVALDE, AMERIKA SYARIKAT, 29 MEI – Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berlepas ke Uvalde hari ini untuk menenteramkan hati penduduk yang sedang berkabung atas kematian 19 kanak-kanak dan dua guru yang ditembak mati di sekolah rendah di bandar Texas.
Memetik pengalaman getir yang dihadapi oleh mangsa terselamat pada serangan Selasa lalu, Biden menggesa tindakan selanjutnya untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai akan datang di negara itu di mana usaha untuk memperketat peraturan senjata api berulang kali berdepan kegagalan.
“Kita tidak dapat menghalang tragedi jenayah, saya tahu, tetapi kita boleh membuat Amerika lebih selamat. Kita akhirnya boleh melakukan apa yang kita perlu untuk melindungi nyawa penduduk dan kanak-kanak kita,” kata Biden kelmarin semasa berucap di Universiti Delaware. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2022/05/P13-C_30052022-1.jpg)