Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Biden berlepas ke lokasi insiden tembakan 19 pelajar, dua guru

    UVALDE, AMERIKA SYARIKAT, 29 MEI – Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berlepas ke Uvalde hari ini untuk menenteramkan hati penduduk yang sedang berkabung atas kematian 19 kanak-kanak dan dua guru yang ditembak mati di sekolah rendah di bandar Texas.

    Memetik pengalaman getir yang dihadapi oleh mangsa terselamat pada serangan Selasa lalu, Biden menggesa tindakan selanjutnya untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai akan datang di negara itu di mana usaha untuk memperketat peraturan senjata api berulang kali berdepan kegagalan.

    “Kita tidak dapat menghalang tragedi jenayah, saya tahu, tetapi kita boleh membuat Amerika lebih selamat. Kita akhirnya boleh melakukan apa yang kita perlu untuk melindungi nyawa penduduk dan kanak-kanak kita,” kata Biden kelmarin semasa berucap di Universiti Delaware. – AFP

    Bunga-bungaan diletakkan di papan tanda Sekolah Rendah Robb di Uvalde, Texas pada 25 Mei untuk menghormati mangsa insiden tembakan di sekolah. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...