Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Biden bincang isu migran, dadah

    MEXICO CITY, 8 JAN – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan meminta pertolongan Mexico dalam menangani isu pendatang asing tanpa izin dan dadah, terutamanya opiod yang berbahaya, semasa lawatan sidang kemuncak untuk ketua-ketua Amerika Utara yang bermula pada hari ini.

    Dalam usahanya untuk mengawal kritikan mengenai apa yang beliau gelar sebagai ‘sistem imigresen yang rosak’, Biden akan berhenti di Texas untuk persinggahan pertamanya di sempadan yang dibanjiri oleh migran dan pencari suaka.

    Isu berkenaan bakal menjadi agenda utama apabila Biden bertemu dengan Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador pada Isnin, sehari sebelum Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menyertai mereka untuk sidang kemuncak yang juga dikenali sebagai ‘Three Amigos’.

    Keutamaan lain Biden ialah untuk meningkatkan usaha bersama memerangi penyeludupan fentanyl dan dadah-dadah lain di sebalik krisis ketagihan dadah di AS.

    “Mexico merupakan negara yang paling relevan dan penting dalam menangani kedua-dua isu, yang telah menjadi kelemahan politik buat Biden,” kata Michael Shifter, felo kanan kumpulan pemikir, Inter-American Dialogue, kepada AFP.

    Pada Khamis lalu, Washington mengumumkan sebanyak 30,000 migran sebulan yang layak akan dibenarkan masuk ke AS dari Cuba, Haiti, Nicaragua dan Venezuela jika mereka datang menggunakan kapal terbang.

    Kuota tersebut dihadkan kepada sesiapa yang telah mempunyai penaja dari AS, manakala sesiapa yang cuba untuk menyeberangi sempadan secara haram akan diusir keluar. – AFP

    Gambar fail bertarikh 20 Disember 2022 menunjukkan para pendatang berdiri di belakang kawat berduri bagi menghalang mereka daripada merentas masuk ke El Paso, Texas. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...