Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Biden gesa UK lindungi keamanan di Ireland Utara

    DUBLIN, 14 APRIL – Presiden AS, Joe Biden kelmarin mengisytiharkan “Saya pulang” ketika dia diraikan dalam lawatan ke tanah air nenek moyangnya Ireland, yang menurutnya membuktikan kejayaan harapan mengatasi keputusasaan.

    Menjelang pertandingan pilihan raya menentang Donald Trump, Demokrat Ireland-Amerika itu memikirkan kejayaan imigran Ireland dalam membangun kehidupan baharu yang jauh dari tanah air.

    Amerika Syarikat dan Ireland telah membuktikan “bukan sahaja harapan tetapi keyakinan bahawa masa depan yang lebih baik menanti,” katanya dalam ucapan di parlimen Ireland, selepas ketibaannya disambut oleh orang ramai di Dublin.

    Biden juga menegaskan perbezaan yang kukuh dengan visi distopia sesetengah Republikan AS untuk masa depan Amerika, menambah, “Kami mempunyai kuasa untuk membina masa depan yang lebih baik.”

    Tetapi, selepas lawatan yang tegang ke Belfast sebelum ke Dublin, Biden juga memberikan amaran keras bahawa UK harus bekerjasama lebih dekat dengan Ireland untuk melindungi perjanjian damai 25 tahun di Ireland Utara.

    “Keganasan politik tidak boleh lagi dibiarkan berlaku di pulau ini,” katanya dengan sambutan hangat daripada penduduk Ireland, termasuk pemimpin nasionalis veteran, Gerry Adams. – AFP

    Presiden AS, Joe Biden (kanan) melambai ketika menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dublin, untuk terbang ke County Mayo, 14 April. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda