Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Biden hantar delegasi tidak rasmi

    TAIPEI, 14 APRIL – Presiden Joe Biden akan menghantar delegasi tidak rasmi bekas para pegawai Amerika Syarikat ke Taiwan hari ini sebagai tanda sokongan bagi pulau demokrasi itu ketika ia berdepan langkah tentangan meningkat daripada China.

    “China sudah pun membuat bantahan keras dengan AS untuk tidak menghantar kakitangan melawat ke Taiwan,” kata jurucakap kementerian luar negeri, Zhao Lijian kepada para wartawan.

    Bekas senator Christopher Dodd dan bekas timbalan setiausaha negara, Richard Armitage dan James Steinberg mendarat di Taipei pada petang ini, menurut siaran langsung di televisyen.

    Mereka dijangka akan bertemu pemimpinnya, Tsai Ing-Wen esok. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda