Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Biden, Harris akan berbincang dengan perunding AS

    WASHINGTON, 2 SEPT – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, hari ini akan mengadakan rundingan bersama perunding AS bagi perjanjian pembebasan tebusan dalam perang Israel-Hamas, kata Rumah Putih, selepas kematian enam tawanan di Gaza, termasuk seorang warganegara AS.

    Jadual rasmi Biden telah diteliti semula untuk meluangkan masa bagi mesyuarat Rumah Putih, yang juga akan dihadiri oleh Naib Presiden AS, Kamala Harris, yang bertanding untuk menggantikannya dalam pemilihan presiden November nanti.

    Satu kenyataan yang mengumumkan jadual terkini Biden berkata dia dan Harris akan bertemu hari ini “dengan pasukan perunding perjanjian tebusan AS berikutan pembunuhan warga AS, Hersh Goldberg-Polin dan lima tebusan lain oleh Hamas pada Sabtu, dan membincangkan usaha untuk memacu ke arah perjanjian yang menjamin pembebasan tebusan yang tinggal.”

    AS, bersama rakan pengantara Mesir dan Qatar, telah menghabiskan masa berbulan-bulan mendesak pertukaran tebusan dan gencatan senjata dalam perang di Gaza.

    Puluhan tebusan telah dibebaskan semasa gencatan senjata selama seminggu pada November lalu, dengan kempen dan ahli keluarga percaya perjanjian lain adalah pilihan terbaik untuk memastikan baki tebusan dikembalikan.

    Mogok seluruh Israel bertujuan untuk meningkatkan tekanan ke atas kerajaan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bagi memastikan pembebasan tawanan yang tinggal ditetapkan bermula hari ini.

    Saudara-mara tebusan dan peguambela telah menuduh pentadbiran Netanyahu tidak berusaha keras untuk membawa balik tawanan, dan telah menggesa gencatan senjata segera untuk menyelamatkan yang lain. – AFP

    Joe Biden akan duduk bersama perunding AS bagi mendesak perjanjian pembebasan tebusan dalam perang Israel-Hamas. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda