Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Biden, isteri dapat suntikan dos penggalak

WASHINGTON, 19 OGOS – Presiden Joe Biden berkata beliau dan isteri Jill akan mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin COVID-19, dengan dos tambahan disediakan kepada semua orang dewasa Amerika Syarikat (AS) mulai bulan depan

“Kami akan mendapatkan suntikan dos penggalak,” beritahunya kepada ABC News dalam satu temu bual yang disiarkan hari ini.

Mengatakan beliau dan wanita pertama telah menerima vaksin mereka pada awal tahun ini, Biden mengakui ‘sudah tiba masanya untuk mendapatkan dos penggalak.’

Dengan kebimbangan vaksin koronavirus mungkin hilang atau menjadi lemah dan virus yang lebih mudah menular seperti Delta yang telah pun muncul, Biden semalam mengumumkan bahawa semua orang dewasa warga AS boleh mendapatkan suntikan penggalak lapan bulan selepas vaksinasi terakhir mereka.

Dos penggalak (booster) itu boleh didapati dalam minggu-minggu bermula 20 September. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -