TELUK CARBIS, ENGLAND, 10 JUN – Presiden Joe Biden dan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson bertemu buat pertama kali hari ini, berusaha untuk menonjolkan ‘hubungan istimewa’ negara mereka di sebalik perbezaan politik dan peribadi kedua-duanya.
Biden berharap menggunakan lawatan keluar negara itu sebagai presiden untuk meyakinkan semula sekutu-sekutu Eropah bahawa kehadiran Amerika Syarikat (AS) sebagai rakan boleh dipercayai sekali lagi.
Kedua-dua pemimpin berkenaan merancang untuk melawat pulau hebat St Michael’s Mount namun lawatan itu dibatalkan kerana cuaca buruk.
Sebaliknya mereka bertemu di pantai di tapak G-7 di Teluk Carbis.
Apabila perbincangan serius bermula, para pemimpin dijangka akan mengumumkan penubuhan pasukan kerja AS-UK yang akan berperanan ke arah penyambungan semula perjalanan antara kedua-dua negara, menurut pegawai Rumah Putih.
Kebanyakan perjalanan telah ditegah antara dua negara itu sejak Mac 2020.
Kedua-dua belah pihak menyatakan bahawa mesyuarat Biden-Johnson akan menekankan pengesahan semula hubungan antara dua sekutu lama itu dalam masa seminggu, dengan Biden akan mendorong Barat untuk menolak campur tangan Rusia selain menyatakan ia boleh bersaing dengan China dari segi ekonomi.
Penasihat dalam negara, Jake Sullivan menggambarkan pertemuan awal Biden bersama Johnson sebagai ‘mesra’ dan ‘konstruktif’ dan mengetepikan sebarang perbezaan antara matlamat dua negara. – AP
