Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Biden lantik 25 eksekutif Majlis Eksport Presiden

    ISTANBUL, 1 MAC – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan hasratnya untuk melantik 25 individu menganggotai Majlis Eksportnya, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik Rumah Putih kelmarin.

    Majlis Eksport Presiden, yang bertindak sebagai jawatankuasa penasihat utama kebangsaan mengenai perdagangan antarabangsa akan diketuai Mark D. Ein, seorang ahli perniagaan yang mempunyai 35 tahun pengalaman dan kini merupakan pengerusi Lindblad Expeditions, Kastle Systems dan ahli lembaga Custom Trak One Source serta ahli Collective Group Inc.

    Naib pengerusinya ialah Rosalind Brewer, Ketua Pegawai Eksekutif Walgreens Boots Alliance pada Mac 2021 selepas berkhidmat sebagai COO dan Presiden Kumpulan di Starbucks dari Oktober 2017 hingga Januari 2021.

    Anggota majlis lain termasuk presiden, CEO dan eksekutif tertinggi daripada syarikat seperti FedEx, CVS Health, Ford, United Airlines, Citi, 3M dan Qualcomm.

    Menurut Rumah Putih, majlis itu akan bertindak menasihati presiden mengenai dasar dan program kerajaan yang menjejaskan prestasi perdagangan AS sambil menggalakkan perkembangan eksport. Ia juga menyediakan forum untuk membincangkan dan menyelesaikan masalah berkaitan perdagangan dalam kalangan sektor perniagaan, perindustrian, pertanian, buruh dan kerajaan. – Bernama

    Presiden Joe Biden telah melantik anggota Majlis Eksport AS baru-baru ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...