WASHINGTON, 31 MAC – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah memenangi pemilihan peringkat pusingan awal (primari) untuk Demokrat di Dakota Utara, pada pilihan raya presiden AS 2024, umum parti negeri itu, kelmarin, lapor Xinhua.
Dalam pemilihan peringkat awal di Dakota Utara, terdapat 13 perwakilan ditawarkan dan kebanyakan pengundian dilakukan melalui undi pos.
Bekas presiden Donald Trump, calon utama Republikan muncul sebagai pemenang dalam kokus Republikan di Dakota Utara yang diadakan pada 4 Mac, dengan memperoleh semua 29 perwakilan.
Kemenangan Biden dan Trump menambah kepada bilangan perwakilan mereka ke konvensyen Kebangsaan Republikan atau Demokrat.
Semasa proses pencalonan Demokrat 2020, Biden dikalahkan di Dakota Utara oleh Senator Bernie Sanders dari Vermont.
Negeri itu secara konsisten menyokong calon Republikan dan memihak kepada Trump dengan perbezaan yang besar dalam kedua-dua pilihan raya Presiden AS 2016 dan 2020. – Bernama