Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Biden, Modi bincang konflik ukraine-rusia

    WASHINGTON, 12 APRIL – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden membincangkan situasi di Ukraine dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi ketika kedua-dua pemimpin merasmikan Dialog Menteri 2+2 AS-India keempat.

    “Kedua-dua pemimpin… membincangkan kesan ketidakstabilan konflik Rusia-Ukraine, dengan tumpuan khusus pada bekalan makanan global. Biden dan Modi berharap dapat bertemu secara bersemuka penghujung musim bunga ini di Tokyo, pada sidang kemuncak Quad,” menurut kenyataan Rumah Putih pada Isnin lapor Sputnik. Kedua-dua pemimpin turut komited untuk mengukuhkan hubungan AS-India melalui kerjasama tenaga bersih, teknologi dan ketenteraan.

    “Biden dan Modi komited untuk meneruskan kerjasama – dua hala dan pelbagai hala – dalam menamatkan pandemik COVID-19, mengukuhkan keselamatan kesihatan global, memajukan keselamatan makanan global, dan memastikan Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.

    “Mereka menekankan komitmen bersama, sebagai pemimpin negara demokrasi terbesar di dunia, untuk menghormati kedaulatan dan integriti wilayah semua negara di Indo-Pasifik dan sekitarnya,” menurut kenyataan itu.

    Perdana Menteri Modi menyifatkan keadaan di Ukraine sebagai sangat membimbangkan. Beliau berkata lebih 20,000 warga India, kebanyakannya pelajar, terkandas di negara itu sejak beberapa minggu lalu.

    Menurut Modi, dalam perbualan telefon dengan Presiden Rusia dan Ukraine, beliau meminta kedua-dua pihak untuk berdamai dan mencadangkan perbincangan secara bersemuka diadakan. – Bernama

    Joe Biden dan Narendra Modi semasa mengadakan pertemuan yang membincangkan kesan ketidakstabilan konflik Rusia-Ukraine, dengan tumpuan khusus pada bekalan makanan global. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...