Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Biden mulakan lawatan kukuh ekonomi, keselamatan

    PYEONGTAEK, SOUTH KOREA, 20 MEI – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden tiba di Korea Selatan untuk lawatan pertamanya ke Asia sebagai pemimpin Amerika Syarikat, dengan hasrat mengukuhkan hubungan ekonomi dan keselamatan bersama sekutunya di rantau itu, di sebalik kebimbangan mengenai ujian nuklear Korea Utara.

    Persinggahan pertamanya ialah kilang semikonduktor gergasi Samsung, di mana beliau disambut mesra oleh presiden baharu Korea Selatan, Yoon Suk-yeol, dengan isu bekalan rangkaian global menjadi agenda utama.

    Biden dalam kenyataan pertamanya tiba di Korea Selatan yang bertujuan mempamerkan tekad AS untuk mempertingkatkan pengaruhnya di Asia, menjelaskan pakatan dua negara adalah ‘amat penting untuk keamanan, kestabilan dan kemakmuran’ di dunia.

    Semasa berucap di kilang di Pyeongtaek bersama Yoon, Biden menerangkan kecanggihan kilang semikonduktor itu adalah ‘keajaiban inovasi’ dan penting kepada ekonomi dunia.

    Sehubungan itu, Korea Selatan dan AS perlu bekerjasama memastikan ‘rangkaian bekalan kita cukup mapan, berdaya tahan dan selamat,’ kata Biden.

    Beliau kemudiannya melawat seluruh kilang sambil diberikan taklimat oleh kakitangan dalam sut hazmat mengenai peralatan dikeluarkan kilang tersebut.

    Sementara itu, Presiden Yook Suk-yeol dalam ucapan balas menjelaskan, Korea Selatan merupakan negara penjana semikonduktor, membekalkan kira-kira 70 peratus cips global dan meminta Biden agar ‘memberi perhatian khsusus’ terhadap firma cip Korea Selatan.

    Lawatan Biden boleh membantu kedua-dua sekutu menjalinkan pakatan ‘ekonomi dan keselamatan’ baharu berasaskan teknologi canggih dan kerjasama rangkaian bekalan,’ kata Yoon. – AFP

    Presiden Joe Biden bersama Presiden Yoon Suk-yeol pada sidang media semasa lawatan ke kilang Samsung di Pyeongtaek, 20 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...