Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Biden peroleh cukup perwakilan untuk jadi calon presiden

    WASHINGTON, 13 MAC – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden telah memperoleh cukup perwakilan untuk muncul sebagai calon presiden bagi Parti Demokrat pada pilihan raya presiden AS 2024.

    Ia selepas Biden diramal memenangi pemilihan peringkat pusingan awal Demokrat di Georgia, menurut unjuran media AS, kelmarin.

    Kemenangan Biden di Georgia menjadikan penyandang presiden itu mempunyai 1,968 perwakilan daripada jumlah keseluruhan 3,934 perwakilan yang diperlukan untuk secara rasmi menjadi calon Demokrat dan mewakili parti itu pada pilihan raya presiden AS, November ini, lapor Xinhua.

    Sementara itu, bekas Presiden Donald Trump dijangka memenangi peringkat pusingan awal Republikan di Georgia pada Selasa dan semakin hampir dinamakan calon presiden bagi parti itu sekali gus mengulangi pertembungan pilihan raya Presiden 2020 dengan Biden. – Bernama

    Presiden AS, Joe Biden bercakap pada acara kempen, pada 9 Mac 2024, di Atlanta. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda