Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Biden positif COVID lagi

    WASHINGTON, 31 JULAI – Joe Bidan telah diuji positif COVID untuk kali kedua dan telah kembali menjalani pengasingan diri, kata doktor Rumah Putih semalam, menyumbang keputusan positif ‘berbalik’ kepada rawatan yang diterima presiden Amerika Syarikat itu.

    Biden ‘diuji positif lewat pagi semalam menerusi ujian antigen, empat hari selepas ujian negatif berturut-turut, dan ‘akan memulakan prosedur pengasingan ketat,’ tulis doktor presiden Kevin O’Connor dalam memo.

    “Ia melambangkan keputusan positif berbalik,” kata O’Connor, merujuk kepada situasi di mana pesakit yang dirawat dengan ubat Paxlovid – rawatan sama untuk Biden – membunuh virus tetapi diuji positif selepas menamatkan rawatan.

    “Presiden tidak mengalami gejala dan rasa sihat. Dalam kes ini, tidak timbulnya keperluan untuk menyambung semula rawatan pada masa ini,” tambah beliau.

    Di Twitter, Biden nampaknya berusaha tidak memperbesarkan situasi.

    “Hari ini, saya diuji positif COVID sekali lagi. Ia berlaku kepada segelintir pesakit,” tulisnya.

    “Saya tidak mempunyai gejala tetapi saya akan mengasingkan diri demi keselamatan semua orang. Saya masih bekerja, akan kembali mengikuti jelajah sekali lagi.”

    Biden telah membatalkan lawatan berjadualnya ke Delaware dan Michigan, menurut Rumah Putih. – AFP

    Presiden Joe Biden menanggalkan pelitup mukanya ketika beliau tiba untuk menyampaikan ucapan mengenai ekonomi di South Court Auditorium, Rumah Putih di Washington pada 28 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda