Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Biden pulihkan dasar penjagaan kesihatan

    WASHINGTON, 29 JAN – Presiden Joe Biden semalam menandatangani dua perintah eksekutif bertujuan memulihkan semula sistem penjagaan kesihatan dan membetulkan ‘kerosakan’ yang dibuat bekas Presiden Donald Trump, lapor agensi Anadolu.

    Beliau berkata langkah Trump sebelum ini menyebabkan sistem penjagaan kesihatan ‘sukar diakses, lebih mahal dan ramai rakyat tidak berpeluang memenuhi syarat ditetapkan.’

    “Saya tidak membuat undang-undang baharu mahupun aspek baharu. Cuma kita akan kembali kepada keadaan sebelum ini,” katanya di Rumah Putih.

    Perintah eksekutif itu bertujuan memperkasakan Medicaid dan undang-undang penjagaan kesihatan universal yang dikuatkuasakan ketika Biden menjadi naib presiden semasa pentadbiran Presiden Barack Obama, dan membatalkan usaha Trump untuk mengekang akses wanita untuk pengguguran. – Bernama

    Presiden Joe Biden menandatangani beberapa perintah eksekutif mengenai penjagaan kesihatan di Pejabat Oval, Rumah Putih pada 28 Januari 2021 di Washington. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda