Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Biden salur bantuan senjata terbesar

    WASHINGTON, 9 OGOS – Pentadbiran Presiden Joe Biden pada Isnin mengumumkan bahawa Amerika Syarikat (AS) akan menyediakan bantuan keselamatan tambahan bernilai AS$1 bilion kepada Ukraine, pakej senjata terbesar sejak konflik Rusia-Ukraine tercetus.

    Menurut kenyataan daripada Jabatan Pertahanan, pakej itu – pembekalan kali ke-18 mengikut arahan presiden sejak Ogos 2021 – termasuk bekalan senjata tambahan untuk Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (HIMARS), 75,000 butir peluru artileri 155 mm, 20 sistem mortar 120 mm dan 20,000 butir peluru mortar 120 mm, serta bekalan senjata untuk Sistem Peluru Berpandu Permukaan Ke Udara Termaju Kebangsaan (NASAMS), lapor Xinhua.

    Washington juga akan menghantar 1,000 Javelin, ratusan sistem anti-perisai AT4, 50 unit kenderaan rawatan perubatan berperisai, bahan letupan, peluru pemusnah dan peralatan pemusnah ke Kyiv, menurut kenyataan itu. – Bernama

    Presiden Joe Biden dan Jill Biden berjalan di South Lawn selepas pulang ke Rumah Puti di Washington pada 8 Ogos 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda