Saturday, March 29, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Biden sambut pengumuman pelaburan AS$20 billion IBM

    WASHINGTON, 6 OKT – IBM akan menjadi tuan rumah kepada Presiden AS, Joe Biden hari ini untuk meraikan pengumuman pelaburan sebanyak AS$20 bilion dalam semikonduktor, pengkomputeran kuantum dan teknologi canggih di New York, kata Rumah Putih.

    Pembuat cip tersebut “akan mengumumkan pelaburan sebanyak AS$20 bilion sepanjang dekad akan datang dalam R&D dan pembuatan semikonduktor, teknologi kerangka utama, kecerdasan buatan dan pengkomputeran kuantum,” kata Rumah Putih.

    Biden telah berlepas ke Poughkeepsie, New York untuk melawat tapak tersebut.

    Demokrat telah membuat keutamaan untuk menggalakkan pertumbuhan dalam pembuatan berteknologi tinggi, dengan harapan untuk membina semula rantaian bekalan domestik dalam komponen penting seperti mikrocip yang selama bertahun-tahun telah diserahkan kepada syarikat asing yang berpangkalan di Taiwan.

    Biden akan membuat satu kenyataan umum semasa lawatan tersebut, dan Rumah Putih mengulangi dakwaannya yang kini kerap mencetuskan “ledakan pembuatan di seluruh negara yang mengukuhkan ekonomi dan keselamatan negara kita dan mewujudkan pekerjaan Amerika yang bergaji tinggi.”

    Manakala, projek utama lain yang sedang dijalankan termasuk pengumuman Micron mengenai pelaburan AS$100 bilion untuk mengeluarkan semikonduktor di New York dan ikrar Wolfspeed untuk membelanjakan sebanyak AS$5 bilion untuk kilang semikonduktor baharu di North Carolina.

    Pada awal September, Biden melawat tapak baharu untuk kemudahan sebanyak AS$20 bilion masa depan Intel di Ohio. – AFP

    Presiden Joe Biden melawat Fisherman’s Wharf di Fort Myers Beach, Florida, 5 Oktober 2022. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda