NEW YORK, 24 SEPT – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyampaikan ucapan terakhirnya pada Sesi ke-79 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kelmain, menyeru badan dunia itu menjalani pembaharuan kritikal dan menyesuaikan diri dengan cabaran dunia yang semakin berkembang. Mengimbau tahun-tahun perkhidmatannya dalam sektor awam, Biden menekankan keperluan untuk menjadikan PBB lebih inklusif dan responsif untuk