Monday, March 27, 2023
21.7 C
Brunei

-

Biden: Sistem perbankan AS selamat

WASHINGTON, 13 MAC – Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) telah melancarkan langkah besar-besaran semalam untuk meredakan kebimbangan mengenai keadaan sistem perbankan berikutan kemuflisan Bank Silicon Valley (SVB), ketika badan pengawal selia mengambil alih pemberi pinjaman kedua yang bermasalah itu.

Badan pengawal selia campur tangan untuk memastikan penyimpan masih mempunyai akses kepada wang mereka di SVB dan menjanjikan bantuan kepada institusi lain untuk memenuhi keperluan pelanggan selepas pasaran dilanda kemuflisan bank.

Di Britain, syarikat gergasi perbankan HSBC membeli SVB divisyen UK dengan harga £1 dalam perjanjian menyelamat yang diselia oleh Bank England dan kerajaan.

Sementara itu, Presiden Joe Biden memberi jaminan bahawa sistem perbankan negara adalah selamat namun mahu melaksanakan peraturan lebih ketat untuk mengelak krisis masa depan.

“Rakyat dan perniagaan Amerika boleh yakin bahawa deposit kamu kekal ada apabila kamu memerlukannya,” kata beliau dalam ucapan dari Rumah Putih selepas kemuflisan SVB dan pengambilalihan bank kedua oleh persekutuan.

Dalam satu kenyataan bersama, agensi kewangan termasuk Perbendaharaan AS berkata penyimpan SVB boleh mengakses kepada ‘semua wang’ bermula hari ini dan pembayar cukai AS tidak perlu membayar bil tersebut.

Persekutuan AS juga mengumumkan ia akan menyediakan pembiayaan tambahan kepada bank untuk membantu mereka memenuhi keperluan penyimpan, termasuk pengeluaran.

“Kami mengambil tindakan tegas untuk melindungi ekonomi AS dengan memperkukuh keyakinan orang awam dalam sistem perbankan kami,” menurut kenyataan. – AFP

Presiden Joe Biden bercakap mengenai sistem perbankan Amerika Syarikat di Bilik Roosevelt, Rumah Putih di Washington kelmarin. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -