Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Biden tandatangan akta bantuan ketenteraan Ukraine

    WASHINGTON, 10 MEI – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Isnin menandatangani Akta ‘Lend-Lease’ bagi menyediakan bantuan ketenteraan kepada Ukraine, lapor Agensi Anadolu (AA).

    Bercakap kepada pemberita, beliau berkata AS menyokong rakyat Ukraine dalam perjuangan mempertahankan demokrasi dan negara.

    Pentadbiran Biden telah men-yalurkan lebih AS$3.8 bilion bantuan ketenteraan ke Ukraine sejak Rusia memulakan operasi ketenteraan ke atas negara itu  pada 24 Februari dan telah meminta bantuan tambahan AS$33 bilion daripada Kongres. 

    Biden mengakui bahawa kos untuk membantu Kyiv ‘bukanlah murah.’

    “Setiap hari, rakyat Ukraine berjuang untuk hidup mereka. Kos perjuangan bukanlah murah tetapi membiarkan pencerobohan adalah lebih mahal,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda