Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Biden tandatangan perintah eksekutif, jalankan kajian pelaburan dalam teknologi

    ANKARA, 16 SEPT – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Khamis menandatangani perintah eksekutif untuk kajian mendalam berhubung pelaburan asing dalam bidang teknologi, terutamanya membabitkan cip dan rantaian bekalan, lapor Anadolu.

    Pentadbiran Biden mendapati terdapat pelaburan tertentu daripada rakyat asing, terutamanya melibatkan pesaing atau seteru, boleh menimbulkan risiko kepada keselamatan negara.

    “Sesetengah negara menggunakan pelaburan asing untuk mendapatkan akses kepada data dan teknologi sensitif bagi tujuan memudaratkan keselamatan AS.

    “Memandangkan ia melibatkan isu keselamatan negara, termasuk tindakan sesetengah negara dan individu yang berusaha menjejaskan keselamatan AS semakin berleluasa, proses semakan Jawatankuasa Pelaburan Asing di Amerika Syarikat (CFIUS, atau Jawatankuasa) juga mesti diperluas,” menurut kenyataan Rumah Putih. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan Presiden Joe Biden menyampaikan ucapan pada gala Institut Kongres Hispanic tahunan ke-45 di Washington pada 15 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda