Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Biden terima suntikan vaksin penggalak

    WASHINGTON, 28 SEPT – Presiden Joe Biden semalam menerima suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 di Rumah Putih.

    “Penggalak adalah penting, tetapi paling penting untuk kita lakukan adalah memastikan lebih ramai orang diberi vaksin,” kata Biden sebelum menerima suntikan.

    Kira-kira 23 peratus daripada penduduk Amerika Syarikat yang layak masih belum mendapat suntikan vaksin COVID-19, kata presiden.

    Sementara itu, hampir 20 juta rakyat Amerika layak mendapat suntikan ketiga vaksin Pfizer, lapor Xinhua, memetik CNN.

    Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat minggu lalu mengesyorkan dos penggalak Pfizer untuk warga emas, penghuni pusat penjagaan, golongan yang menghidap penyakit dan orang dewasa yang berisiko dijangkiti COVID-19 kerana pekerjaan mereka. – Bernama

    Presiden Joe Biden menerima suntikan ketiga vaksin COVID-19 Pfizer di kampus Rumah Putih di Washington pada 27 September 2021. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda