Biden umum nama 9 calon duta

WASHINGTON, 16 JUN – Presiden Amerika Syarikat  (AS) Joe Biden pada kelmarin mengumumkan senarai nama sembilan calon duta termasuk untuk ditugaskan ke Israel dan Mexico.

Menurut Agensi Anadolu, mereka yang dicalonkan ialah Julie Chung ke Sri Lanka, Sharon Cromer  (Gambia), Troy Damian Fitrell (Guinea), Thomas Nides (Israel), Marc Ostfield (Paraguay), Ken Salazar (Mexico), Julianne Smith (NATO), ‘Sully’ Sullenberger III (Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa) dan Dr Cynthia Ann Telles (Costa Rica). Nides yang dicalonkan ke Israel pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Negara untuk Pengurusan dan Sumber di Jabatan Negeri dari 2010-2013, memetik kenyataan Rumah Putih.

Pencalonannya dibuat selepas gabungan pimpinan Naftali Bennett memenangi 60-59 undi percaya di Knessset (parlimen) pada Ahad untuk membentuk kerajaan baharu Israel. – Bernama

Joe Biden mengumumkan senarai nama sembilan calon duta termasuk untuk ditugaskan ke Israel dan Mexico.- AP