Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Biden umum pelan infrastruktur AS$2 trilion

    WASHINGTON, 31 MAC – Presiden Joe Biden hari ini mencadangkan pelan infrastruktur bernilai AS$2 trilion bertujuan memodenkan rangkaian pengangkutan Amerika Syarikat (AS), sekali gus mewujudkan jutaan pekerjaan dan membolehkan negara ‘menyingkirkan’ saingan China.

    Fasa pertama program ‘Build Back Better’ oleh Biden, yang akan dilancarkannya dalam ucapan di Pittsburg, akan memperincikan pelaburan besar dalam tempoh lapan tahun.

    Ia merancang menyuntik AS$620 bilion dalam pengangkutan, termasuk penambahbaikan 32,000 kilometer jalan raya dan lebuh raya, membaiki ribuan jambatan dan menambah dua kali ganda dana persekutuan untuk pengangkutan awam. Presiden itu berhasrat menjadikan pelan infrastruktur itu salah satu dasar utama beliau.

    “Biden memainkan peranannya dalam membentangkan wawasan beliau tentang bagaimana kami boleh melabur di AS, pekerja AS dan komuniti kami,” kata jurucakap Rumah Putih, Jen Psaki.

    Pelaburan akan dibayar sebahagiannya dengan menambah cukai korporat daripada 21 peratus kepada 28 peratus.

    “Presiden bercadang untuk memperbaharui kod cukai korporat supaya ia memberikan insentif kepada pewujudan pekerjaan dan pelaburan dan memastikan syarikat besar membayar bahagian mereka,” kata pegawai kanan pentadbiran sebelum ucapan Biden.

    Pelan baharu itu diumumkan sejurus selepas Kongres meluluskan pelan rangsangan ekonomi COVID-19 bernilai AS$2 trilion. – AFP

    Presiden Joe Biden bercakap selepas menandatangani Akta Lanjutan PPP 2021 di Pejabat Oval Rumah Putih, Washington pada 30 Mac 2021. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda