LONDON, 17 Jan – Pengurus ikon Leeds United dari Argentina, Marcelo Bielsa semalam meng-akui bahawa dia telah menyaksikan kesemua sesi latihan pasukan Yorkshire musim ini, yang menambahkan kehangatan perdebatan berhubung taktik permaianan.
Skuad kendalian Bielsa melebarkan jurang empat mata di tangga teratas Championship, divisyen kedua England, selepas menewaskan Derby County 2-0 pada Jumaat lalu.
Namun, perlawanan itu dibayangi oleh kebenaran Bielsa di mana dia menghantar seorang kakitangan kelab itu untuk mengintip sesi latihan Derby sehari sebelum perlawanan.
Dalam satu kenyataan, pemilik Leeds, Andrea Radrizzani pada Sabtu lalu memohon maaf berhubung insiden itu, yang kini menjadi tumpuan penyiasatan Persatuan Bola sepak (FA).
Bielsa mengadakan sidang akhbar semalam, yang mencetuskan khabar angin di mana dia bakal meletakkan jawatannya selepas kekejutan di Lazio dan Marseille.

Bagaimana pun, bekas pengurus Argentina itu sebaliknya memberikan lebih banyak maklumat bagaimana dia meninjau pasukan lawan dalam apa yang didakwanya adalah bidaan bagi membantu penyiasatan FA.
“Saya memerhatikan kesemua pesaing kami. Kami menyaksikan kesemua sesi latihan sebelum menentang mereka,” kata Bielsa.
“Sidang media ini adalah bertujuan untuk memudahkan penyiasatan dijalankan. Dengan melakukan ini, saya boleh menjangkakan hukuman yang berkemungkinan dikenakan oleh pihak berkuasa.”
Pengurus Derby, Frank Lampard mempertikaikan semangat kesukanan Bielsa dan menyangkal alasan perbezaan budaya dengan pengurus Spurs Mauricio Pochettino menegaskan amalan tersebut adalah biasa berlaku di Argentina.
Namun begitu, Bielsa bertegas apa yang dilakukannya adalah tidak salah. – AFP