Thursday, July 4, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Bielsa digantung perlawanan Uruguay menentang AS

    BANDAR KANSAS, 1 JULAI – Jurulatih Uruguay Marcelo Bielsa telah digantung dalam pertembungan Kumpulan C Copa Amerika menentang Amerika Syarikat (AS) hari ini, kata penganjur kejohanan, kelmarin.

    Bielsa telah dikenakan hukuman selepas didakwa melengah-lengahkan permulaan separuh masa kedua semasa kemenangan 5-0 pasukannya ke atas Bolivia.

    Tempat jurulatih veteran Uruguay itu di bangku simpanan untuk perlawanan hari ini di Bandar Kansas akan diambil alih oleh penolongnya, Pablo Quiroga. Bielsa adalah salah seorang daripada beberapa jurulatih di Copa Amerika yang telah dikenakan hukuman kerana melengah-lengahkan permainan.

    Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni; Ricardo Gareca dari Chile; dan Fernando Batista dari Venezuela juga telah dikenakan tindakan disiplin oleh CONMEBOL atas kesalahan yang sama. Persatuan Bola Sepak Uruguay juga telah didenda AS$15,000.

    Uruguay hampir pasti menempah tempat ke suku akhir selepas menewaskan Panama 3-1 dalam perlawanan pembukaan mereka sebelum menewaskan Bolivia.

    Perlawanan penentuan untuk AS hari ini berkemungkinan besar memerlukan kemenangan ke atas Uruguay bagi mengelakkan tersingkir bagi pusingan pertama yang dianggap memalukan. – AFP

    Reaksi Bielsa semasa perlawanan bola sepak Kumpulan C Copa Amerika menentang Bolivia di East Rutherford, New Jersey pada 27 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ anjur pertandingan hapus kucing liar

    WELLINGTON, 3 JULAI – Pertandingan membunuh kucing liar yang diadakan secara tahunan di New Zealand dijangka diperluas tahun depan, kata penganjur acara hari ini,...