Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Lebih sejam dan 30 minit filem-filem pendek Islamik yang diterbitkan oleh pembuat filem tempatan telah ditayangkan pada Festival Filem Islamik Brunei (BIFF) yang berlangsung di Bandar Seri Begawan, kelmarin.
Festival filem yang diadakan bagi tahun perasmiannya dimulakan pada awal bulan, dengan sebuah simposium dan bengkel yang dikhususkan kepada meneroka kemungkinan kewujudan genre filem Islamik di Brunei.
Menurut pembuat filem tempatan, Aqil Faiz, sejak bengkel itu diadakan mereka telah sibuk membuat penggambaran bagi filem mereka dan festival filem itu menyediakan bimbingan profesional serta membantu meningkatkan kualiti produksi filem-filem mereka.
Filem-filem yang diserahkan ke dalam BIFF boleh berbentuk neratif, dokumentari atau eksperimental tetapi kesemua filem berkenan harus di bawah 12 minit panjang.
Matlamat untuk menggalakkan pembuatan filem Islamik di Brunei adalah untuk menyediakan satu titik perlepasan bagi kajian akademik masa hadapan.

Dr Alex Fischer menerangkan bahawa genre filem merangkumi konvensyen individu dalam mengembangkan komunikasi dengan penonton khusus mereka.
Beliau menerangkan bahawa filem-filem yang diserahkan itu merupakan titik permulaan untuk mengkaji jika terdapat sebarang persamaan daripada segi cerita, visual dan bunyi yang boleh dikaitkan kepada identiti skrin islamik Brunei.
Festival filem berkenaan berakhir dengan malam anugerah yang dihadiri oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.
Pada majlis itu, Pengarah Festival BIFF, Dayang Siti Kamaluddin dalam kata alu-aluannya berkata ketika meneroka idea dengan para peserta, mereka menemui terdapat banyak kisah yang masih belum diberitahu.
Beliau menyatakan perasaan bangga dengan para peserta BIFF di mana mereka mempunyai perspektif yang berbeza dan memilih untuk menceritakan kisah dalam cara unik mereka sendiri.
Beliau juga gembira menyaksikan pelbagai genre dimasukkan dalam kandungan Islamik Brunei.
Filem-filem yang disenarai pendekkan meneroka pelbagai tema Islamik termasuk cinta, memeluk Islam, kesihatan mental, perjuangan hidup dan amalan Islamik harian.
Filem pendek bertajuk ‘Langkah’ oleh Q Fikri telah dianugerahkan Filem Pendek Islamik Terbaik dan menerima cek bernilai $1,500 dalam keputusan sebulat-suara oleh panel juri.
Turut menerima anugerah pada malam itu ialah sebuah filem bertajuk ‘Hati-hati Dengan Mata’ oleh Awang Muhd Haziq Aniq bin Hanip, sebuah filem pendek muzikal mengenai cinta dalam Islam. Filem itu menerima Anugerah Juri dan cek bernilai $300.
Filem-filem lain yang disenarai pendekkan termasuk ‘Peradian’ oleh Awang Mohd Akmal Marhain bin Umar, ‘My Life Changed’ oleh Aqil Faiz, ‘Sebelum Terlambat’ oleh Saffa Suhaili dan ‘Waktu’ oleh Rooif.