Friday, July 5, 2024
27.2 C
Brunei

    -

    BIG BANG cipta rekod di Spotify walaupun tidak aktif

    Siapa tak kenal dengan kumpulan popular pada awal demam K-Pop yang mula merebak di Malaysia pada awal tahun 2009 dulu. Peminat K-Pop mesti mula mengenali terlibat dalam ‘kancah’ muzik pop Korea itu daripada kumpulan seperti Super Junior, Wonder Girls, TVXQ, Girls’ Generation dan banyak lagi.

    Ketika zaman K-Pop baru nak meletup di Malaysia, kumpulan itulah yang berjaya menempatkan diri dalam kalangan remaja. BTS masa itu pun masih budak-budak sekolah lagi!

    Tapi turut tidak dilupakan kepada kumpulan lelaki bawah naungan YG Entertainment iaitu BIG BANG. Lagu-lagu mereka t berjaya menembuskan diri sehingga menjadi popular di pasaran muzik Malaysia, antaranya Fantastic Baby dan Bang Bang Bang. Semasa sedang popular, memang ramai anak muda di Malaysia yang tahu tentang lagu-lagu tersebut.

    Memetik kenyataan Kimchi daily, BIG BANG sekarang sedang sibuk melalui latihan khidmat ketenteraan yang diwajibkan kepada semua lelaki Korea yang layak. Pun begitu, tempoh perkhidmatan mereka semua sudah hampir sampai ke penamatnya. Kumpulan mereka akan kembali lengkap pada November ini, namun tanpa kehadiran Seungri kerana meninggalkan kumpulan itu susulan skandal seks dan dadah.

    Walaupun sudah hampir 2 tahun tidak aktif dan mengeluarkan lagu baharu, api populariti BIG BANG ternyata tidak pernah reda. Sedang berehat pun mereka masih mampu mencipta rekod baharu!

    Lagu Bang Bang Bang nyanyian mereka mencatat rekod baharu apabila mencapai 100 juta jumlah pendengar di Spotify. BIG BANG adalah satu-satunya kumpulan generasi lama yang berjaya mencipta rekod itu! – Agensi

    Lagu-lagu kumpulan BIG BANG turut berjaya sehingga menjadi popular di pasaran global. – Kimchidaily
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...