Sunday, May 4, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bikang – tumpi versi puak kedayan

    Oleh Nurdiyanah R.

    Zaman silih berganti, begitulah juga perubahan yang dapat kita lihat terhadap pelbagai kulinari masyarakat di negara ini yang semakin berkembang mengikut arus kemodenan bak cendawan tumbuh selepas hujan.

    Namun hakikatnya jika tiada yang lama, tiada yang baharu, begitulah istimewanya kulinari tradisi Melayu kita yang setentunya memiliki kepelbagaian dan keunikan yang tersendiri untuk menjadi suatu warisan budaya yang seharusnya dipertahankan dan diperkembangkan serta diperjuangkan oleh masyarakat di negara ini.

    Sejenis Tumpi Versi Melayu Kedayan

    Baru-baru ini, menjejaki ke Kampung Jerudong, bagaikan peluang keemasan yang begitu menggembirakan bagi penulis apabila berkesempatan menemui Hajah Timbang binti Haji Jumat yang juga merupakan salah seorang ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) Jerudong B yang sememangnya begitu mahir dalam bidang kulinari tradisi Melayu Kedayan.

    Salah satu kuih tradisi Puak Melayu Kedayan yang dilihat seakan-akan hampir pupus dalam pengetahuan generasi kini ialah Kuih Bikang.

    Bahan-bahan asasnya terdiri daripada adunan kisaran tepung beras dan kelapa parut yang telah dikisar halus kemudian digaul rata dalam air panas secukupnya serta sedikit garam.

    Menjejaki kaki ke Kampung Jerudong bagaikan peluang keemasan yang begitu menggembirakan bagi penulis apabila berkesempatan menyaksikan cara pembuatan salah satu kuih tradisi Melayu yang dilihat seakan-akan hampir pupus dalam pengetahuan generasi kini yang dikenali dengan nama Kuih Bikang iaitu salah satu kuih tradisi Puak Melayu Kedayan.
    Terdiri daripada adunan kisaran tepung beras dan kelapa parut yang telah dikisar halus kemudian digaul rata dalam air panas secukupnya serta sedikit garam kemudian dimasak sama seperti apabila kita membuat hidangan tumpi.
    Kuih Bikang yang bertekstur tidak terlalu lembut dan juga keras ini sesuai dinikmati untuk sarapan pagi mahu pun minum petang ini, lebih enak lagi apabila dicicah bersama susu manis ketika masih panas.

    Setelah adunan tersebut digaul sehingga sebati, maka letakkanlah adunan dalam anggaran satu senduk sudu besar itu dimasak secara digoreng di atas pembakar dengan menggunakan api yang sederhana iaitu sama seperti apabila kita membuat hidangan tumpi.

    Apabila adunan yang digoreng dalam tekstur yang tidak terlalu lembut dan juga keras maka menandakan ia telah siap untuk dinikmati.

    Hidangan yang sesuai dinikmati untuk sarapan pagi mahu pun minum petang, lebih enak lagi apabila dicicah bersama susu manis ketika masih panas.

    Mempertahankannya tanggungjawab bersama

    Sehubungan dengan itu, Hajah Timbang turut menyatakan bahawa mempertahankan budaya warisan meliputi hidangan tradisi ini adalah menjadi tanggungjawab bersama.

    Ungkapan sebegitu kedengaran cukup mudah, namun hakikatnya untuk mengekalkan dan mempertahankan sesuatu warisan itu agar tidak dihakis oleh arus kemodenan memang sukar tanpa sebarang usaha yang gigih daripada semua pihak.

    “Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan kami selaku golongan warga emas ini untuk menyaksikan anak-anak muda di negara ini sebagai pelapis bangsa Melayu sendiri untuk sama-sama berjuang memartabatkan kulinari asli warisan Melayu dari semasa ke semasa, baik secara persendirian mahu pun perniagaan.

    “Hal ini begitu penting disemai agar khazanah budaya bangsa ini akan terus diingati dan diperkenalkan serta sentiasa memenuhi cita rasa orang lama dan generasi muda di negara ini dan sekali gus dikenali di mata dunia.

    “Segalanya adalah tanggungjawab kita bersama untuk bersatu supaya tidak pupus ditelan zaman,” jelas warga emas yang kini berusia dalam lingkungan 60an dengan penuh ketulusan semasa mengakhiri sesi temu bual bersama wartawan Media Permata, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda