Saturday, June 10, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Bila aktiviti berjaja BKC dibuka semula?

    Sejak negara memasuki fasa peralihan bulan lalu, ibu negara kembali aktif pada pagi hujung minggu dengan Program Bandarku Ceria (BKC), di mana hanya dibenarkan aktiviti riadah secara individu atau dalam jumlah kumpulan yang terhad.

    Dalam masa yang sama, para pengunjung BKC dikehendaki mengikut garis panduan seperti melengkapi dua dos vaksin, memiliki kod BruHealth berwarna hijau dan kuning, memakai pelitup muka pada setiap masa kecuali ketika bersenam dan sebagainya. Namun kebenaran melakukan aktiviti berjaja sehingga kini belum ada khabar berita daripada pihak relevan. Bilakah agaknya aktiviti berjaja di BKC ini dibenarkan semula?

    Jika dipertimbangkan daripada segi pembukaan gedung-gedung membeli-belah, tamu-tamu dan pasar-pasar sebenarnya sama saja jika aktiviti berjaja di BKC dibenarkan. Ini kerana jika aktiviti berjaja ini diadakan boleh saja diterapkan langkah-langkah SOP yang diguna pakai di mana-mana seperti menempatkan kawasan berjaja khas dengan pemantauan masuk dan keluar ke kawasan berkenaan. Sebenarnya perkara ini pernah dilakukan semasa Hari Perayaan pada tahun ini juga, di mana kawasan berjaja ditempatkan khas dengan pemantauan kemasukan pengunjung, mengimbas kod BruHealth dan sebagainya.

    Justeru, kenapa tidak dibuat begitu? Sebenarnya, pelbagai cara dapat dilakukan namun tiada tindakan. Diharap pihak relevan akan mempertimbangkannya.

    Peniaga

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun semak semula undang-undang

    TOKYO, 9 JUN - Jepun meluluskan undang-undang imigresen yang membenarkan kerajaan menghantar pulang pencari suaka yang gagal, walaupun mendapat tentangan daripada parti pembangkang dan...
    - Advertisment -