DIANTARA keadaan yang membuat manusia menjadi hina iaitu ketika mereka dizalimi. Dalam hadis qudsi, Hadis Riwayat Muslim menyatakan bahawa “Sungguh tidak ada perantara antara Allah dan doa hamba yang dizalimi. Allah akan mengangkat doanya di atas awan.”
Namun, kehinaan hamba yang dizalimi lebih menjurus kepada faktor eksternal yang mudah untuk dihadapi. Jika demikian, dalam keadaan ini bagaimanakah manusia telah menghinakan dirinya? Manusia akan menjadi hina ketika:
1-Menghambakan syaitan.
Dia (iblis) berkata: “Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil”. (Surah Al-Isra, ayat 62)
Maksud ayat diatas adalah obsesi Iblis untuk menjadikan manusia sebagai budak-budak yang patuh kepada mereka. Iaitu manusia yang hina dan tanpa kehormatan.
Penghinaan pertama adalah ketika anda menjadi hamba syaitan. Ia membisiki anda untuk tidak melakukan solat, menikmati zaman muda sepuaspuasnya, minum minuman keras, dan mengerjakan amalan-amalan yang dilarang lainnya. Ketika itu, syaitan pun mentertawakan anda dan meleluasakan jalan anda untuk melakukan maksiat.


2-Mengikuti hawa nafsu.
Mengikuti hawa nafsu dalam seluruh aspek kehidupan di mana tuntutan keinginan mengendalikan kehidupan. Kegilaan pada harta dan populariti. Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam bersabda “Celakalah hamba dirham dan dinar.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Allah Subhanahu Wataala berfirman: “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya…” (Surah Al-Jasiyah, ayat 23)
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar…” (Surah Ali Imran, ayat 110)
3-Tidak lagi peka terhadap Allah, agama, pedoman hidup dan umat.
Kita memang memiliki pedoman agung, namun tidak menyedari keagungannya. Sebaliknya, kita lebih menyedari sesuatu yang bukan menjadi milik kita. Merasa lebih selamat dan yakin apabila setia dengan yang lain. Kalangan remaja akan mengangguk ketika disebutkan nama bintang filem Barat yang kadang-kadangnya sama sekali tidak kita kenal. Dan banyak pemandangan lain yang menjurus kepada ketidakpedulian dengan Allah dan umat.
4-Kehilangan kepercayaan dengan Allah Subhanahu Wataala.
Sesungguhnya segala sesuatu telah ditakdirkan oleh Allah. Hal ini merupakan kenyataan yang umum di kalangan masyarakat. Ketika banyak orang yang mempercayai bahawa rezeki dan umur ada di tangan manusia dan bukan Allah, padahal Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam dengan tegas bersabda,
“Jibril mewahyukan padaku bahawa manusia tidak akan mati kecuali setelah sempurna rezeki dan ajalnya.” (Hadis Riwayat Abdil Barr, dalam At-Tamhid)
Anda akan menjadi hina ketika menghambakan syaitan, mendahulukan nafsu, dan membelakangkan Allah, juga jika kehilangan kepercayaan dengan Allah dan umat. Kemudian apa yang terjadi apabila semua ini ada di dalam diri anda? Anda akan dihinakan oleh musuh. Sungguh ia merupakan kehinaan yang nyata. Terhina dan dihinakan musuh. Sanggupkah kita menghadapinya?