Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bila-bila masa Sharnaaz boleh ambil anak – Noor Nabila

    Ketika isu hak penjagaan anak antara pasangan berpisah hangat diperkatakan, hubungan baik pelakon, Sharnaaz Ahmad dan bekas isteri, Noor Nabila dijadikan teladan warganet terutama mereka yang berada dalam situasi sama.

    Bagaimanapun, Noor Nabila menganggap dirinya tidak layak dipuji kerana setiap orang berdepan ujian berbeza dengan setiap pasangan berpisah, ada kisah tersendiri.

    Namun, kakak Noor Neelofa ini menganggap, selepas bercerai, seorang wanita dan ibu perlu menjadi insan yang lebih ‘besar’ untuk meredakan keadaan.

    “Saya dan Sharnaaz sudah bercerai selama tiga tahun. Setakat ini, Alhamdulillah. Mula-mula dahulu ada ‘hiccup’ hendak faham. Tetapi, dalam hal ini, perempuan atau ibu kena main peranan lebih daripada bapa.

    “Ibu kena lebih faham dan tidak pentingkan diri sendiri. Maksudnya, awak berkorban demi anak dan memaafkan serta melupakan demi anak. Awak buat itu sebagai prinsip nombor satu.

    “Buang semua ego, perit dan pahit. Semua itu kena letak tepi dan jalan terus. Itu bagi diri ini… Saya tidak tahu orang lain macam mana. Isu rumah tangga ini, kita tidak tahu dasarnya, saya pun tidaklah rancang semua ini… Semuanya berlaku sendiri,” katanya kepada BH Online.

    Ibu Jebat Jayden ini mengakui tidak melalui masa yang mudah selepas berpisah. Namun, disebabkan mempunyai pengalaman ibu dan bapa berpisah, dia memilih untuk berkorban demi anak. – Agensi

    Noor Nabila menganggap dirinya tidak layak dipuji kerana setiap orang berdepan ujian berbeza dengan setiap pasangan berpisah, ada kisah tersendiri. – Utusan Malaysia
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda