Friday, April 25, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bilangan antelop Saiga Mongolia yang terancam meningkat lebih 23,200 ekor

    ULAN BATOR, 24 APRIL – Populasi keseluruhan antelop Saiga Mongolia, spesies yang diklasifikasikan sebagai sangat terancam kini meningkat kepada 23,215 ekor, lapor Xinhua.

    Menurut Tabung Alam Sedunia (WWF) Mongolia dalam satu kenyataan yang dipetik media tempatan, peningkatan itu hasil daripada usaha pemuliharaan berterusan termasuk penguatkuasaan undang-undang, pengurusan habitat, pencegahan penyakit dan penglibatan masyarakat setempat.

    Ketika ini, populasi Saiga Mongolia meliputi kawasan seluas 40,006 kilometer persegi merentasi 18 soum (bahagian pentadbiran) di empat wilayah di Mongolia, bersamaan kira-kira 40 peratus daripada habitat asal spesies itu. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan seekor antelop Saiga berjalan di atas padang rumput Almaty, Kazakhstan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda