SEOUL, 9 SEPT – Kanak-kanak dan remaja yang mengalami kemurungan meningkat dengan ketara dari 2020 hingga 2024, dengan lebih 80,000 telah menerima rawatan tahun lepas.
Sejumlah 86,254 kanak-kanak dan remaja telah dirawat kerana kemurungan pada 2024, meningkat 72.6 peratus daripada 49,983 pada 2020, menurut Perkhidmatan Semakan dan Penilaian Insurans Kesihatan.
Peningkatan ketara dilihat pada kedua-dua jantina, dengan bilangan kanak-kanak perempuan daripada 31,149 kepada 55,199, dan lelaki daripada 18,834 kepada 31,055.
Kebanyakan kanak-kanak yang dirawat yang berumur 10-19 adalah seramai 83,520 dan 2,734 kanak-kanak di bawah umur 10 tahun turut menerima rawatan. Angka ini meningkat dua kali ganda angka berbanding pada 2020, iaitu 1,338.
Data menunjukkan bahawa bilangan remaja yang tertekan meningkat lebih cepat daripada jumlah keseluruhan pesakit yang mengalami kemurungan dalam tempoh yang sama, dengan peningkatan sebanyak 32.4 peratus daripada 837,808 pada 2020 kepada 1.1 juta.
Kemurungan pada zaman kanak-kanak dicirikan oleh gejala seperti kehilangan selera makan, insomnia, tetapi juga hadir dengan kebimbangan, gangguan tingkah laku, dan ADHD.
Mereka yang menunjukkan pelbagai gejala selama sekurang-kurangnya dua minggu boleh didiagnosis dengan kemurungan, dengan preskripsi ubat untuk tahap kemurungan yang teruk.
Skala Penilaian Kemurungan Kanak-kanak atau Children’s Depression Rating Scale-Revised digunakan untuk menentukan tahap kemurungan.
Pakar perubatan menyatakan bahawa kesukaran yang dihadapi dalam akademik atau hilang minat terhadap hobi secara tiba-tiba boleh dikaitkan dengan kemurungan kanak-kanak. – ANN/The Korea Herald


