LONDON, 2 OGOS – Jumlah orang yang tidur di tepi jalan di London semakin meningkat, dengan para pengempen menyeru kerajaan British untuk menangani punca utama masalah itu.
Kadar pinjaman perumahan dan sewa di UK telah meningkat sejak inflasi mencapai tahap tertinggi dalam beberapa dekad yang telah mendorong krisis kos sara hidup terburuk dalam satu generasi.
Angka yang dikeluarkan minggu ini oleh Majlis London mencatatkan 3,272 orang tidur di tepi jalan di London antara April dan Jun 2023.
Ia menunjukkan peningkatan 9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Hampir separuh (49 peratus) orang yang tidur di tepi jalan di London pada April-Jun 2023 berada di jalanan buat kali pertama, menurut laporan itu.
Kerajaan UK telah menetapkan sasaran untuk menghentikan orang tidur di jalan di England menjelang 2024.
Tetapi ketua eksekutif di Homeless Link, Rick Henderson, berkata sasaran itu ‘kini kelihatan di luar jangkauan’. – AFP