Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Bilangan penduduk kekurangan zat makanan akut meningkat

    LONDON, 6 SEPT – Bilangan individu berdepan risiko kekurangan makanan yang melampau dengan peningkatan risiko malnutrisi akut dan kematian meningkat lebih dua kali ganda pada 2024 kepada 1.9 juta, menurut laporan yang dikeluarkan Rangkaian Global Menentang Krisis Makanan kelmarin.

    Agensi Anadolu memetik Laporan Global Mengenai Krisis Makanan (GRFC) pada tahun lalu bahawa seramai 705,000 orang dikategorikan dalam risiko ‘catastrophe’ (bencana) tetapi jumlah ini melonjak kepada 1.9 juta pada 2024.

    “Ini adalah jumlah tertinggi dalam laporan GRFC, yang didorong oleh konflik di Semenanjung Gaza dan Sudan,” menurut laporan itu.

    Laporan itu juga mendedahkan bahawa Semenanjung Gaza kekal berdepan krisis makanan paling teruk dalam sejarah GRFC, dengan semua 2.2 juta penduduknya masih memerlukan bantuan makanan dan mata pencarian antara Mac dan April 2024.

    “Krisis ini telah meningkat, dengan separuh daripada penduduk berada dalam keadaan ‘catastrophe’ (IPC Fasa 5) dalam tempoh itu, meningkat daripada satu per empat pada Disember 2023 hingga Februari 2024,” menurut laporan itu.

    Di Sudan, kebuluran sedang berlaku dan dijangka berterusan sehingga Oktober 2024. – Bernama

    Gambar Canva

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    342 penduduk Gaza maut sejak Israel langgar gencatan senjata

    ISTANBUL, 23 NOV - Tentera Israel melakukan 497 pelanggaran...

    Hutan walnut semula jadi terbesar dunia berdepan ancaman kepupusan

    ARSLANBAP, KYRGYZSTAN - Mengharungi daun keemasan yang gugur, penduduk...

    Lebih 10,000 kanak-kanak di Gaza terima vaksin

    ISTANBUL, 20 NOV – Lebih seminggu selepas kempen imunisasi...

    Arab Saudi minta AS cuba akhiri konflik Sudan – Trump

    WASHINGTON, 20 NOV - Presiden Donald Trump kelmarin berkata...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...