Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Bilbao mara ke final Piala Super

    RIYADH, 14 JAN – Athletic Bilbao bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan juara La Liga, Atletico Madrid 2-1 kelmarin dan menetapkan pertemuan akhir Piala Super Sepanyol menentang Real Madrid.

    Pasukan dari Basque, yang memenangi Piala Super tahun lalu, ketinggalan sejurus selepas satu jam perlawanan apabila tandukan Joao Felix tersasar dari tiang sebelum terlantun bola masuk ke gawang melalui belakang penjaga gol, Unai Simon.

    Bagaimanapun, nasib perlawanan berubah memihak kepada Bilbao pada separuh masa kedua di mana kesemua gol mereka dihasilkan melalui sepakan percuma.

    Tandukan Yeray Alvarez pada minit ke-77 telah menyamakan kedudukan sebelum Nico Williams menjaringkan gol kemenangan sembilan minit sebelum masa tamat, menemui jaringan dari sepakan sudut kapten Iker Munian.

    Pemain remaja, Williams mengatasi Renan Lodi dan kapten Atletico, Koke untuk menanduk melepasi Jan Oblak.

    “Saya merasa sangat emosional sekarang,” kata Williams, pemain ber-usia 19 tahun itu diturunkan untuk bermain bersama abangnya, Inaki.

    “Saya berharap akan ada keseronokan seperti ini lagi. Saya berasa gembira dapat menimba pengalaman dengan abang saya, Inaki dah juga ibu saya, yang datang memeluk kami selesai perlawanan itu.”

    “Dia memberitahu saya berhak mendapatkan kejayaan ini. Keraian dengan abang saya selepas jaringan gol kemenangan adalah satu momen yang tidak akan dapat saya lupakan.”

    Oblak mengakui pasukannya terkilan dengan kekalahan itu.

    “Ia sangat sukar untuk diterangkan, kami melepaskan dua gol dalam sepakan percuma. Kami telah melepaskan banyak peluang gol musim ini, dan ia terjadi sekali lagi,” kata pemain antarabangsa Slovenia itu.

    “Kami perlu mencari jalan penyelesaian untuk masalah ini atau tidak ia akan menjadi sangat sukar sehingga penghujung musim ini.” – AFP

    Reaksi Yeray Alvarez (tengah) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol semasa perlawanan separuh akhir Piala Super Sepanyol antara Athletic Bilbao dan Atletico Madrid pada 13 Januari di stadium Antarabangsa King Fahd, Riyadh. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...