Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    BILIF hulur sumbangan kepada 6 keluarga

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 APRIL – Sebagai usaha berterusan dalam membantu masyarakat khususnya golongan yang memerlukan di bulan Ramadan, Institut Kepimpinan dan Kewangan Islam Brunei (BILIF) telah menghulurkan sumbangan kepada enam buah keluarga yang kurang berkemampuan, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BILIF, di sini, penyerahan sumbangan berkenaan kepada keluarga yang kurang berkemampuan di Kampung Serasa, Kampung Meragang, Kampung Katok dan Kampung Belimbing Subok itu diketuai oleh Penolong Pengarah Urusan, Brunei Darussalam Central Bank (BDCB), Awang Mardini bin Haji Eddie selaku Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BILIF.

    Sumbangan berkenaan merangkumi bekalan makanan asasi, juadah berbuka puasa dan barangan bagi persediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

    Ia merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat BILIF iaitu BILIFinSharing, yang merupakan sebahagian daripada usaha berterusan BILIF dalam membantu masyarakat di bulan Ramadan.

    Inisiatif itu diharap akan memberikan sokongan kepada keluarga-keluarga dalam mengerjakan ibadah puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

    Awang Mardini bergambar ramai bersama warga BILIF dan keluarga-keluarga yang menerima sumbangan pada majlis tersebut. – Gambar serahan BILIF
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda