Sunday, May 4, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bilik darjah bertemakan Hello Kitty

    SAMELYN Lafuente, seorang guru sekolah rendah dari Bandar Raya Masbate, Filipina, telah menghabiskan tiga tahun terakhir dengan mengubah ruangan bilik darjah yang kosong kepada kelas fantasi kanak-kanak perempuan, dihiasi dengan warna merah jambu dan penuh hiasan bertemakan Hello Kitty.

    Apabila berjalan masuk melalui kelas Samelyn Lafuente, anda akan berfikir bahawa ia adalah tempat bagi peminat Hello Kitty, satu watak yang begitu popular di Jepun.

    Lantainya dilapisi dengan permaidani Hello Kitty, kesemua dindingnya berwarna merah jambu, begitu juga meja sekolah. Semua karakter Hello Kitty itu berada di mana-mana sahaja, dari siling, ada yang dilekatkan di dinding dan juga tingkap.

    Pasti anak-anak murid di kelas Lafuente bergelut untuk menjauhkan suasana fantasi itu dari dunia sebenar setiap hari, yang mana telah dihiasi oleh guru tersebut, untuk mewujudkan tempat di mana para pelajarnya akan berasa gembira dan suka untuk berada di sekolah.

    Gambar-gambar ruangan kelas Hello Kitty berwarna merah jambu ini telah dikongsikan di laman Facebook Glay Franco Bacolod dan telah tular dengan cepat di beberapa buah negara Asia, termasuklah China.

    Lafuente memberitahu GMA News bahawa transformasi bilik darjahnya itu telah bermula dalam tempoh tiga tahun yang lalu, semasa dia terus menerus mencat dan mendekorasi bilik darjah itu dengan warna merah jambu. – Agensi
    Apabila berjalan masuk melalui kelas Samelyn Lafuente, anda akan berfikir bahawa ia adalah tempat bagi peminat Hello Kitty, satu watak yang begitu popular di Jepun. – Agensi

    Ramai pengguna laman sesawang tersebut memuji Samelyn Lafuente kerana melakukan sesuatu yang luar biasa untuk memastikan kebahagiaan murid-muridnya, walaupun perlu berbelanja dengan menggunakan duitnya sendiri.

    Guru itu mengatakan bahawa hampir semua hiasan yang ada dalam kelasnya yang unik itu telah dibeli dengan duitnya sendiri, namun ianya berbaloi apabila melihat wajah kegembiraan di mata murid-muridnya setiap hari.

    Lafuente memberitahu GMA News bahawa transformasi bilik darjahnya itu telah bermula dalam tempoh tiga tahun yang lalu, semasa dia terus menerus mencat dan mendekorasi bilik darjah itu dengan warna merah jambu.

    “Semua yang saya lakukan ini adalah untuk mereka, saya sangat sayang pada mereka,” kata guru tersebut. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda