Saturday, November 30, 2024
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bilik Pameran Toyota baharu dirasmi

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – NBT Brunei hari ini telah merasmikan Bilik Pameran Toyota bertaraf dunia baharu yang membawakan konsep moden minimalis dengan ruang luas dan terbuka bagi memulakan pengalaman perjalanan pelanggan baharu dan meneruskan tahap kecemerlangan perkhidmatan pelanggan.

    Hadir bagi menyempurnakan perasmiannya ialah Pengarah Urusan NBT Brunei, Haji Ahmad Omar bin Pehin Dato Haji Husin bersama Naib Presiden Eksekutif Toyota Motor Asia, Kazunari Iguchi dan Pengarah Urusan Inchcape South Asia & Pacific, Alex Hammet.

    Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan alu-aluan oleh Haji Ahmad Omar.

    Beliau berkata, “Dengan adanya Bilik Pameran Toyota bertaraf dunia, NBT telah mengembangkan tawarannya dengan memperkenalkan model-model baharu dan paling penting, NBT terus memberikan perkhidmatan luar biasa kepada pelanggannya.

    “Kami tetap fokus pada misi kami dalam setiap langkah yang diambil iaitu untuk menyediakan kenderaan berkualiti dan pengalaman pembelian yang lancar bagi memastikan setiap pelanggan merasa puas dengan layanan, komitmen, dan perkhidmatan proses yang mesra pelanggan,” ujarnya.

    Haji Ahmad Omar, Kazunari Iguchi dan Alex Hammet semasa merasmikan bilik pameran tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Haji Ahmad Omar, Kazunari Iguchi dan Alex Hammet bergambar ramai semasa majlis itu. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Tambahnya, “Pada hari ini juga, NBT menandakan pencapaian dengan dedikasi kerja keras dan kerjasama. Ia bukan hanya pembukaan bilik pameran baharu, akan tetapi ia adalah merupakan satu simbol pertumbuhan dan kejayaan yang telah kami capai sepanjang 57 tahun bekerjasama dengan Toyota. Satu kejayaan yang terhasil daripada kepercayaan pelanggan, sokongan daripada pasukan, dan komitmen yang tidak pernah goyah dari rakan-rakan kongsi kami.”

    “Kami telah merayakan banyak kejayaan bersama, termasuk 43 tahun memimpin pasaran dalam dunia Toyota secara berturut-turut yang kami beri nama sebagai Triple Crown. Hari ini, NBT Brunei dengan Toyota adalah nama jenama yang dipercayai oleh semua penduduk Brunei. Kami telah berkembang lebih besar dan lebih kuat sepanjang tahun dengan sokongan dan komitmen yang tidak pernah luntur dari Toyota,” katanya lagi.

    Menurut kenyataan, NBT Brunei, merupakan sebuah syarikat milik Inchcape, dan sempena pembukaan bilik pameran baharu, NBT juga memperkenalkan kemudahan selepas jualan yang baharu.

    Bilik Pameran Toyota terletak di Kampung Beribi telah dinaik taraf sepenuhnya dengan kapasiti mampu memuatkan 12 buah kereta, membolehkan NBT Brunei mempamerkan dan menawarkan sesi uji pandu untuk model kenderaan terbaharu.

    Pelanggan juga akan menikmati perkhidmatan khusus ketika menerima kenderaan baharu mereka di ruang penghantaran suite Toyota yang baharu.

    Pada tahun 2025, pelanggan juga berpeluang menikmati ruang rehat pelanggan semasa lawatan penyelengaraan kereta dengan akses kepada perkhidmatan selepas jualan dan pembelian alat ganti Toyota yang tulen.

    Sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap mobiliti mampan melalui program Friends of the Earth, lokasi baharu itu dilengkapi dengan pencahayaan suria di seluruh kawasan. Ia juga menunjukkan komitmen Inchcape untuk terus menaik taraf kemudahan dan teknologi bagi menyampaikan pengalaman pemilikan kenderaan terbaik dalam kelasnya.

    Kemudahan tersebut akan menjadi lokasi ketiga NBT Brunei, menggantikan bilik pameran Toyota di Jalan Tutong, Bunut yang telah ditutup.

    Majlis juga menyaksikan penyerahan cenderamata kepada tetamu-tetamu khas iaitu Kazunari Iguchi; Pengarah Urusan, Toyofuji Shipping Singapore, Edward Tan; Pengarah Urusan Fujitrans, Yoshifumi Hirata; Pengurus Besar Toyota Tsusho Asia Pacific, Premmit Singh.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda