Saturday, April 5, 2025
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bill Gates sumbang AS$50 juta kepada China

    BEIJING, 16 JUN – Pemimpin China Xi Jinping memberitahu ‘rakan lamanya’ Bill Gates hari ini bahawa China sentiasa meletakkan harapannya kepada rakyat Amerika, selepas yayasan pengasas bersama Microsoft itu menjanjikan AS$50 juta untuk membantu usaha China memerangi penyakit.

    Gates salah seorang lelaki terkaya di dunia adalah yang terbaharu dalam rentetan pemimpin perniagaan Barat yang melawat China sejak negara itu menamatkan kawalan ketat COVID yang sebahagian besarnya menutupnya dari dunia selama hampir tiga tahun.

    Lawatan itu adalah lawatan pertama Gates ke China dalam tempoh empat tahun, dan termasuk pertemuan jarang antara ketua negara China dan pemimpin perniagaan asing.

    “Awda adalah rakan Amerika pertama yang saya temui di Beijing tahun ini,” kata Xi kepada Gates di Beijing, menurut People’s Daily yang dikendalikan kerajaan.

    “Kami sentiasa meletakkan harapan kami terhadap rakyat Amerika, dan mengharapkan persahabatan berterusan dijalin antara rakyat kedua-dua negara,” tambah Xi.

    Pertemuan itu diadakan menjelang lawatan yang dijangkakan ke China oleh Setiausaha Negara AS, Antony Blinken pada Ahad.

    Ia juga berikutan pengumuman oleh Yayasan Bill dan Melinda Gates pada Khamis bahawa ia akan menyumbang AS$50 juta untuk menyokong usaha China memerangi malaria dan batuk kering.

    Yayasan itu mengumumkan akan memperbaharui kerjasama dengan Institut Penemuan Ubat Kesihatan Global (GHDDI) kumpulan yang berpangkalan di Beijing yang ditubuhkan oleh Gates, kerajaan perbandaran Beijing dan Universiti Tsinghua. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Bill Gates di New York dan Presiden Xi Jinping di Beijing. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda