Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bill Gates, Yoo Jae Suk bakal muncul dalam You Quiz on the Block

    Usahawan dan dermawan terkenal di peringkat global, Bill Gates, bakal muncul dalam You Quiz on the Block semasa lawatannya ke Korea pada bulan ini, menurut tvN, kelmarin.

    Tarikh siaran tepat masih belum diumumkan, tetapi episod itu dijadualkan ditayangkan akhir bulan ini.

    Nam Seung Yong, seorang eksekutif utama di CJ ENM, turut mengesahkan penampilan usahawan tersebut.

    You Quiz on the Block merupakan sebuah program yang menghargai semua bentuk kehidupan dan menyampaikan maruah manusia serta kefahaman bersama melalui pelbagai
    kisah peribadi, selari dengan visi Yayasan Gates ‘setiap nyawa mempunyai nilai yang sama.’

    Beliau menambah, “Kami amat berbesar hati menjemput Bill Gates, seorang tokoh yang menyatukan dunia melalui teknologi dan memberi impak melalui filantropi.”

    Bill Gates, yang dikenali kerana memperkenalkan era komputer peribadi, kini menumpukan usaha terhadap kesihatan global, pendidikan, pengurangan kemiskinan, dan inisiatif perubahan iklim melalui Bill and Melinda Gates Foundation.

    Menurut Allkpop, baru-baru ini, beliau turut berikrar untuk mendermakan 99 peratus kekayaannya yang dianggarkan bernilai AS$200 bilion termasuk dana yayasan kepada masyarakat menjelang 2045.

    Penampilan jarang ini di televisyen Korea sudah menarik perhatian ramai, dengan penonton tidak sabar menantikan perbualan antara salah seorang tokoh paling berpengaruh di dunia dan pengacara nombor satu Korea, Yoo Jae Suk. – Agensi

    Bill Gates dijangka muncul dalam rancangan varieti popular Korea Selatan, You Quiz on the Block, yang dihoskan oleh Yoo Jae Suk. – Allkpop
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda