Thursday, December 5, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Billie Eilish gegar Bukit Jalil

    Billie Eilish membuktikan pengaruh besarnya dalam dunia muzik elektropop apabila menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil melalui konsert bertenaga.

    Kali pertama beraksi di Malaysia, Eilish mempamerkan kematangan pada usia 21 tahun melalui rangkaian lagu dipetik daripada album terbaharu, Happier Than Ever selain single terdahulu.

    Konsert Billie Eilish Happier Than Ever – The World Tour 2022 ibarat kanvas perjalanan seni penyanyi Bad Guy itu yang mula mengumpan peminat sejak 2015.

    Memulakan persembahan dengan lagu Bury A Friend, Billie yang tampil bersama abangnya, Finneas O’Connell dan pemain dram, Andrew Marshall memberi isyarat konsert menjanjikan ‘adrenalin’ penonton mengalir laju.

    Eilish terus menghangatkan pentas dengan lagu I Didn’t Change My Number; NDA; Therefore I Am; My Strange Addiction dan I Don’t Wanna Be You Anymore.

    Billie Eilish membuktikan pengaruh besarnya dalam dunia muzik elektropop apabila menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil. – Agensi

    Tampil dengan imej santai dengan rambut hitam, Eilish terus melayan emosi peminat melalui lagi Lovely; You Should See Me In A Crown; Billie Bossanova; Goldwing, Oxytocin; ilomilo dan Your Power.

    Ketika mahu mendendangkan lagu The 30th, Eilish berterus terang dia mungkin ‘terkucil’ berikutan single berkenaan sukar dinyanyikan.

    Reaksi bersahaja Eilish mendapat tepukan gemuruh peminat yang sama-sama mendendangkan lagu melankolik itu.

    Kagum dengan tenaga ditunjukkan audiens, Eilish berulang kali memuji peminat dan mengajak sama mencipta momen indah pada konsert berkenaan.

    “Saya tidak sangka mendapat tenaga sebegini hebat. Terima kasih kerana memberi peluang saya beraksi buat kali pertama di negara ini,” katanya.

    Eilish mengakhiri konsert dengan lagu Happier Than Ever yang menjadi judul album terbaharunya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda