Monday, December 16, 2024
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Billie Eillish dilempar objek ketika sedang menyanyi atas pentas

    PENYANYI Billie Eillish hampir cedera selepas seorang peminat bertindak melemparkan seutas gelang ke atas pentas sewaktu membuat persembahan di Arizona, Amerika Syarikat pada Jumaat lepas.

    Mirror melaporkan, ketika kejadian itu berlaku, penyanyi berusia 22 tahun itu sedang duduk bersila di atas pentas sambil menyanyikan lagu runut bunyi filem Barbie iaitu What Was I Made For?

    Sewaktu Billie sedang menyanyikan lirik lagu hit tersebut, seorang peminat melemparkan objek yang dipercayai seutas gelang ke atas pentas dan hampir terkena kepala penyanyi berkenaan.

    Balingan itu dipercayai cukup kuat sehingga Billie tersentak dan memalingkan wajahnya untuk mengelak daripada mendapat sebarang kecederaan.

    Billie bagaimanapun bertindak profesional dan mengambil objek tersebut sebelum melemparkannya ke tepi seterusnya meneruskan nyanyian seperti biasa.

    Situasi tersebut berjaya dirakam seorang peminat dan memuat naik rakaman itu di aplikasi TikTok.

    Rata-rata warganet bersimpati dengan nasib menimpa Billie dan menyifatkan tindakan peminat yang bertindak di luar kawalan itu adalah melampau.

    “Siapa yang melemparkan gelang biru kepada Billie itu memang melampau! Tuhan, tolong ambil semua kesakitan Billie.

    “Jangan sampai tindakan melampau seperti ini membuatkan ramai artis takut untuk membuat konsert,” tulis warganet. – Agensi

    Billie dilempar objek ketika membuat persembahan di atas pentas. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda