Pelakon terkenal dari Amerika Syarikat, Billy Miller dilaporkan telah meninggal dunia di Austin, Texas baru-baru ini.
Menurut mStar yang memetik laporan Dailymail, pemenang Anugerah Emmy itu meghembuskan nafas terakhirnya kira-kira dua hari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-44.
Berita tersebut telah disahkan oleh pengurusnya, Marnie Sparer tanpa menyatakan punca kematian. Kematian Billy disahkan oleh seorang individu di sebuah restoran di Los Angeles yang juga dipercayai rakan kongsi perniagaannya.
Dalam pada itu, sumber mendedahkan Billy didakwa mengalami kemurungan sejak beberapa hari lalu.
Pada 2010, 2013 dan 2014, Miller memenangi Anugerah Emmy bagi pelakon utama dalam siri drama The Young and the Restless iaitu sebagai Billy Abbott. – Agensi
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/09/P17-4A-mStar_19092023.jpg)