Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Bimbang kemarau ekstrem jejas pertanian

    PARIS, 3 OGOS – Ketika kebanyakan negara Eropah mengalami gelombang haba ketiga sejak Jun, kebimbangan semakin meningkat tentang kemarau melampau yang didorong oleh perubahan iklim di negara-negara di benua itu yang akan menjejaskan hasil tanaman dan meningkatkan krisis kos sara hidup.

    Suruhanjaya Eropah hari ini menggesa negara anggota EU untuk menggunakan semula air sisa bandar yang telah dirawat sebagai pengairan di ladang-ladang kering di benua itu, selepas Perancis dan beberapa bahagian England menyaksikan Julai paling kering dalam rekod.

    Di Perancis, di mana kemarau teruk telah melanda para petani dan mencetuskan penggunaan terhad air tawar, hanya menerima hujan sekitar 9.7 milimeter bulan lepas, kata Meteo France.

    Ia menurun 84 peratus pada paras purata yang disaksikan pada Julai antara 1991 dan 2022, menjadikannya bulan paling kontang sejak Mac 1961, tambah agensi itu.

    Para petani di seluruh negara melaporkan kesukaran untuk memberi makan ternakan kerana padang rumput yang kering, manakala pengairan telah diharamkan di kawasan besar di barat laut dan tenggara kerana kekurangan air tawar.

    Menteri Alam Sekitar Christophe Bechu berkata hujan pada Julai hanya menyumbang 12 peratus daripada apa yang diperlukan.

    Perancis merupakan pengeksport gandum keempat terbesar dan antara lima pengeksport utama jagung di seluruh dunia.

    Hasil tuaian yang lemah akibat kemarau mungkin menambah tekanan terhadap bekalan bijirin selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine menyebabkan gelombang kejutan global. – AFP

    Seorang wanita menyejukkan diri di air pancut Trocadero pada musim panas di Paris pada 3 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...