Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bimbang lampu jalan raya tidak berfungsi

    Keadaan jalan yang gelap sekali lagi membimbangkan beberapa pengguna jalan raya di negara ini kerana lampu jalan yang rosak, meskipun aduan telah dibuat, belum ada tindakan diambil oleh pihak relevan.

    Saya merupakan salah seorang pengguna yang sering melalui lebuh raya Belait-Seria namun dihantui perasaan kurang enak apabila melalui sebahagian lebuh raya tidak berlampu, gelap gulita pada waktu malam.

    Apatah lagi jika hujan lebat, sudah tentu ia bukan sahaja menyukarkan saya malahan pemandu lain juga. Ini kerana bukan sahaja keselamatan diri boleh terancam, terdapat juga kemungkinan kejadian tidak diingini berlaku seperti kemalangan, kemunculan binatang liar dan sebagainya.

    Sehubungan itu, saya menyeru segeralah perbaiki keadaan itu.

    Awang Budiman

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...