Wednesday, October 30, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bimbang timbul fitnah, Inara terpaksa tunjuk sijil cerai

    Enggan timbul sebarang spekulasi atau fitnah terhadap dirinya, Inara Rusli terbuka untuk berkongsi sijil perceraian dengan bekas suami iaitu penyanyi Virgoun.

    Bagi Inara, 31, dia memilih berkongsi perkara itu kerana bimbang wujud pelbagai tanggapan tidak benar, lebih-lebih lagi dirinya seorang dikenali, menurut petikan daripada mStar.

    “Sebenarnya saya malas nak kongsi hal-hal begini, tetapi apabila sudah menjadi public figure, kesannya boleh timbul fitnah yang semakin menjadi-jadi.

    “Saya akan padam selepas sudah rasmi menjadi isteri orang nanti,” katanya.

    Inara berkongsi perkara tersebut di Instagram bersama gambarnya dan peguam yang mengendalikan kes cerai sebelum ini.

    Sementara itu, dalam satu hantaran yang dimuat naik oleh peguam bernama Bagas itu, dia turut berkongsi ucapan buat bakal suami Inara dengan meminta izin untuk mewakili anak guamnya itu.

    “Buat suami baru Inara, izinkan saya untuk melakukan pemeriksaan jumlah aset, jumlah hutang dan tanggungjawab supaya klien saya dan anak-anaknya tenang,” ujarnya. – Agensi

    Inara dan Virgoun bersama anak sulung mereka. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda