Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bimbing wanita dalam keselamatan siber

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Dalam usahanya untuk memperkasa dan menghubungkan wanita dalam bidang keselamatan siber yang dinamik dan sentiasa berkembang, Persatuan Keselamatan Siber Brunei (BCSA) telah mengadakan acara Ladies in Cyber yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, hari ini.

    Menurut kenyataan BCSA, acara yang membawa tajuk Merapatkan Jurang: Memperkasakan Wanita dalam Keselamatan Siber itu dikendalikan dengan kerjasama ITPSS Sdn Bhd, Women in Cyber Security Brunei (CSB) dan Tyne Solutions.

    Dalam era di mana teknologi dan keselamatan siber memainkan peranan yang semakin penting, memupuk kepelbagaian dan keterlibatan dalam industri tersebut adalah amat mustahak.

    Sehubungan dengan itu, acara rangkaian itu bertujuan untuk mewujudkan platform untuk wanita berhubung, berkongsi pandangan dan memberikan inspirasi kepada orang lain dalam persekitaran yang menyokong dan bekerjasama.

    Beberapa sorotan acara termasuk peluang rangkaian di mana para peserta boleh membuat rangkaian dengan rakan profesional, pemimpin industri dan pempengaruh dalam sektor keselamatan siber.

    Acara itu juga menyediakan ruang unik untuk menjalin hubungan bermakna yang boleh memacu kerjaya ke hadapan.

    Kemuncak acara lain termasuk perbincangan panel di mana para hadirin boleh terlibat dalam perbincangan yang merangsang pemikiran seperti memecahkan halangan, menavigasi hala tuju karier, menangani jurang jantina dalam industri teknologi dan sebagainya.

    Acara tersebut turut dijayakan bersama Progresif Sdn Bhd dan Zarala Candles, dengan sokongan CSB, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

    Antara yang hadir semasa majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN BCSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda